Resepi Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Bersantan Sedap. Ada yang suka makan kuih koci inti kacang merah, ada yang suka makan kuih koci inti pulut hitam. Kawan kawan suka inti apa ye ? Sarapan tadi saya ada buat kuih koci labu untuk anak-anak yang balik sempena cuti sekolah. Boleh lah rasa sikit sorang, resepi kuih koci labu leleh ada saya kongsi dekat bawah :

Kuih Koci Labu Resepi
Kuih Koci Labu Bersantan


Resepi Kuih Koci Labu Bersantan Sukatan Cawan Tradisional

Bahan untuk resepi kuih koci labu salut santan :

  1. Setengah biji labu ( rebus sampai lembut dan lenyek atau blend )
  2. Satu bungkus tepung pulut
  3. Setengah cawan tepung gandum
  4. Sedikit garam

Cara Buat Kuih Koci Labu

Cara membuat kuih koci labu :
  • Uli bahan diatas hingga jadi doh
  • Bulat-bulatkan dan letak inti kacang merah atau inti pulut hitam
  • Rebus hingga timbul. Angkat dan toskan seketika.


Resepi Kuah Santan Kuih Koci Leleh

Bahan untuk cara buat kuah kuih koci :



Step akhir, sediakan daun pisang atau kalau takde guna plastik pun boleh. Bubuh santan kuah kuih koci, bubuh kuih koci yang telah siap kita rebus tadi dan bungkus kemas-kemas. Kukus selama lima minit. Siap untuk dihidangkan. Cara buat kuih koci labu mudah je kan, selamat mencuba semua.