Resepi Bubur Lambuk Utara Mudah Simple Asli Original Tradisional Paling Sedap

Resepi Bubur Lambuk Utara Mudah Simple Asli Original Tradisional Paling Sedap. Salam semua. Rasanya kita sudah tidak lama nak jumpa bulan ramadhan kan. Jadi disini saya ingin kongsikan resepi bubur lambuk versi utara yang selalu saya buat pada setiap tahun. Syukur Alhamdulillah tak pernah tak habis. Gambar dekat bawah saya ambil pada hari pertama bulan puasa tahun lepas untuk di agihkan kepada jiran tetangga dan sanak saudara terdekat. Lambat sikit dapat update sebab terlupa simpan dekat mana gambar bubur lambuk ni. Tengah godek-godek laptop semalam terjumpa dan terus post di blog cararesepi.blogspot.com untuk perkongsian bersama. Kepada yang nak cuba, resepi bubur lambuk utara ada saya selitkan dekat bawah ya ( sukatan untuk satu periuk kecil ) : 

Bubur Lambuk Utara Resepi
Resepi Bubur Lambuk Utara



Resepi Bubur Lambuk Kedah Sedap Mudah Simple Ayam Daging

Bahan untuk resepi bubur lambuk utara sedap :

Bubur Lambuk Kedah Resepi
Resepi Bubur Lambuk Kedah


Bahan A


  1. Satu cawan beras
  2. Dua hingga tiga cawan santan
  3. Dua sudu kecil halba
  4. Udang ( buang kulitnya,dan kulitnya direbus serta diblend. Ambik airnya )
  5. Tulang betis atau tulang satu tongkol ( rebus sampai kembang )
  6. Dua kuib pati ayam
  7. Lobak merah  ( potong dadu/ memanjang )
  8. Garam secukup rasa
  9. Ayam atau daging ( rebus dan carik-carikkan )

Bahan B : Bahan Tumisan

  1. Bawang merah ( mayang nipis )
  2. Bawang putih
  3. Tiga inchi halia ( mayang memanjang halus )
  4. Dua hingga tiga batang batang serai ( ketuk )
  5. Rempah empat sekawan
  6. Daun pandan
  7. Satu sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan C : Hiasan

  1. Daun bawang
  2. Daun sup
  3. Bawang goreng
  4. Dan sambal ikan bilis ( kalau suka, tak letak pun okey )



Cara Buat Bubur Lambuk Utara

Bubur Lambuk Resepi
Bubur Lambuk Utara Resepi


Cara membuat bubur lambuk utara :

  1. Rebus beras bersama halba dengan air yang banyak sampai kembang dan pecah-pecah biji beras 
  2. Kemudian, masukkan betis atau tulang lembu atau kerbau yang telah siap kita rebus bersama airnya.
  3. Bila beras sudah betul-betul kembang, masukan lobak merah, kiub pati ayam, air udang, serta santan 
  4. Biarkan sampai mendidih.
  5. Dah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  6. Kacau-kacau dan rasa sikit untuk seimbangkan rasa.
  7. Kalau dah kena kena dengan selera, boleh tutup api. ( kalau pekat tambah air sikit )

Step akhir, tumis darat semua bahan B sampai warna bertukar kekuningan. Dah siap, angkat serta tuangkan bahan tumisan tersebut ke dalam periuk bubur lambuk utara tadi. Setel. Masa nak makan tabur bahan hiasan yang telah saya nyatakan diatas. Cara masak bubur lambuk utara mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan selamat mencuba.

Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah Sendiri Dengan Betul DIY Step By Step

Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah Sendiri Dengan Betul DIY Step By Step. Ketika balik kampung sempena cuti tahun baru cina minggu lepas, saya baru ada kesempatan untuk memasang tinted tingkap rumah. Tak sanggup rasanya nak duduk dekat dapur menjelang waktu petang, mana tidaknya sinaran matahari terus masuk ke dalam rumah dan menyebabkan bahang kepanasan bertambah. Jarang sekali saya nampak rumah yang tingkap jenis seperti rumah saya pasang tinted. Biasa rumah yang bertingkap sliding sahaja yang pasang tinted. Tapi apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baru kan.  Lagipun kos saya beli tinted cermin kat DIY murah dan cara pasang tinted tingkap rumah pun mudah sahaja. Kalau ada yang nak cuba juga, jom saya kongsikan cara memasang tingkap rumah :

Cara Memasang Tinted Rumah
Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah


Cara Pasang Tinted Cermin Rumah

Bahan untuk tutorial pasang tinted tingkap rumah :
  1. Filem tinted
  2. Pisau ( akan dapat sekali masa beli filem tinted dekat Mr.DiY )
  3. Scraper ( akan dapat sekali masa beli filem tinted kat Mr.DiY )
  4. Spray berisi air sabun
  5. Pembaris ( lagi panjang lagi bagus)
  6. Kain


Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah Step By Step

Cara Memasang Tinted Tingkap Rumah Step By Step :

Cara Memasang Tinted Cermin Rumah
Cara Memasang Tinted Tingkap Rumah


1. Cuci bersih cermin bagi tujuan membuang semua kotoran yang melekat. Saya pakai pisau bersama semburan air sabun untuk kikis segala kotoran yang melekat pada cermin tersebut. Pastikan betul-betul bersih tau, bimbang nanti tinted ada masalah dan tak tahan lama.

Diy Pasang Tinted Rumah
Cara Pasang Sendiri Tinted Rumah


2. Potong filem tinted mengikut saiz cermin. Caranya, letak je gulungan filem tinted atas cermin dan potong ikut saiz cermin.

Cara Memasang Tinted Sendiri
Cara Memasang Tinted Rumah


3. Buka plastik transparent yang ada pada filem tinted. Caranya, lipat sedikit bahagian hujung serta tengok gelembung udara. Pakai pisau dan kopek pada bahagian gelembong udara tersebut.

Cara Memasang Sendiri Tinted Cermin Rumah
Cara Memasang Tinted Cermin Rumah


4. Sembur air sabun banyak-banyak pada bahagian filem tinted yang bergam. Kemudian buang plastik salutan tadi. Spray kan juga pada permukaan cermin sebelum letakkan filem tinted ye. Semburan air sabun adalah bertujuan untuk memudahkan kita adjust tinted masa kita pasang.

Cara Memasang Tinted Diy
Cara Pasang Tinted Diy


5. Bila dah pasang filem pada cermin, spraykan air sabun sekali lagi pada filem tinted. Kemudian, lurutkan tinted yang kita pasang tersebut guna scraper yang berbalut kain untuk hilangkan gelembung udara. Lakukannya secara perlahan-lahan dan berhati-hati agar filem tinted tidak tercalar.


Cara Memasang Tinted Cermin Rumah
Cara Pasang Tinted Cermin Rumah


6. Step akhir, potong sedikit di hujung kanan dan kiri cermin agar filem tinted yang kita pasang tidak berlaga dengan besi pemegang cermin.


Cara Memasang Tinted Rumah Sendiri
Cara Pasang Tinted Rumah Sendiri

Sekarang siap. Pasang kembali cermin dan pastikan permukaan yang bertinted berada pada bahagian dalam rumah.  Cara nak pasang tinted tingkap rumah mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi Mudah Tanpa Tanah Senang Jimat Hidroponik

Cara Tanam Kangkung Hidroponik Dalam Baldi Mudah Tanpa Tanah Senang Jimat. Takut nak makan kangkung beli dekat pasar kerana bimbang ada lintah kat dalam seperti yang tengah viral di laman sosial facebook sekarang ini ? Haaa, jom kita semua tanam kangkung di rumah sendiri dengan cara yang mudah dan simple sangat. Tiga minggu dah boleh tuai hasil. Satu tapis dapat dalam setengah kilogram.  Tutorial tanam kangkung dalam baldi step by step ada saya kongsikan dekat bawah :

Cara Menanam Kangkung Dalam Baldi
Cara Tanam Kangkung Dalam Baldi



Cara Menanam Kangkung Dalam Baldi

Cara Tanam Kangkung Di Rumah
Cara Menanam Kangkung Dalam Baldi


Bahan untuk cara tanam kangkung tanpa tanah :

  1. Benih kangkung
  2. Bakul / Tapis ( pastikan lubang bersaiz kecil untuk elak anak kangkung bolos  )
  3. Air Paip
  4. Baja AB
Cara Tanam Kangkung Tanpa Tanah
Cara Tanam Kangkung Hidroponik


Cara Tanam Kangkung Hidroponik Dalam Baldi Di Rumah

Tanam Kangkung Tanpa Tanah
Tanam Kangkung Dalam Bekas


Cara tanam kangkung dalam air :

  1. Rendam benih kangkung selama tiga hari guna air paip. ( Jika terdapat benih kangkung yang kembang sangat dalam masa satu hari, sila asingkan dan letak dalam tapis.Boleh terus ke step kedua. )
  2. Toskan benih kangkung yang telah siap direndam dan masukkan dalam bakul ( Kuantiti benih kangkung jangan padat dan jangan sikit sangat, sedang-sedang sahaja tau )
  3. Letakkan bakul pada bahagian atas baldi.
  4. Masukkan air paip hingga mencecah dasar bakul
  5. Tutup bakul yang berisi benih kangkung selama dua hingga tiga hari bagi tujuan menggalakkan semaian anak kangkung cepat tumbuh.
  6. Selepas itu, buka penutup dan dedahkan anak kangkung kepda cahaya matahari untuk tumbesaran.
  7. Bancuh baja AB ( 10 Mlab +2 Liter air atau 1.5 ec-2.0 ec ) dan masukkan  ke dalam baldi.
  8. Pantau air baja dan akar pokok. 
  9. Tambah air baja bila perlu.
Tanam Kangkung Dalam Pasu
Tanam Kangkung Dalam Tapis


Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu1 (10ml ab+2L air) , 2ec minggu ke2( 15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).Tuai kangkung selepas tiga minggu dan ke atas. Cara tanam kangkung mudah je kan, selamat mencuba semua. Semua kaedah tanam kangkung dalam baldi diatas dapat memberi sedikit manfaat. Salam, jumpa lagi..

> Cara Tanam Kobis Bunga Dalam Pasu

Resepi Kentang Goreng Senyum Rangup Mudah Simple Frozen Paling Sedap

Resepi Kentang Goreng Senyum Rangup Mudah Simple Frozen Paling Sedap.  Potato smile kembali. Repeat satu kali lagi sebab yang hari tu tak cukup. Anak yang dulu tak suka sekarang dia yang makan paling banyak. Resepi potato smiley saya ubah sikit untuk mendapatkan tekstur yang tidak liat dan lebih menarik. Kena rajin bedakkan agar tak melekat, jika doh lembik tambahlah tepung dan yang paling penting masa proses menggoreng kena pakai api kecil sebab jika guna api besar nanti kentang senyum hanya masak diluar  tapi tidak masak pada bahagian dalam. Kali ini kita kasi buat lebih sikit, separuh kita goreng terus separuh lagi kita buat kentang senyum frozen, senang esok-esok nak makan tinggal goreng sahaja. Ada yang suka tak ? Saya selitkan sekali resepi kentang senyum rangup :

Resepi Kentang Goreng Senyum
Resepi Kentang Senyum



Resepi Kentang Senyum Rangup

Resepi Kentang Goreng Senyum Rangup
Resepi Kentang Goreng Senyum

Kentang Senyum Frozen Resepi


Bahan untuk resepi kentang goreng senyum mudah :

  1. Dua biji kentang saiz sederhana (Rebus dan lenyek)
  2. Tiga sudu tepung gandum
  3. Dua sudu tepung jagung
  4. Dua sudu serbuk roti ( kalau takde boleh buat sendiri, resepi serbuk roti homemade )
  5. Satu sudu kecil Serbuk Pasti Sedap/ Satu kiub Pati Ayam

Cara Membuat Kentang Senyum
Cara Buat Kentang Senyum


Cara Buat Kentang Seyum

Potato Smile Resepi
Kentang Senyum Resepi


Cara membuat kentang senyum :

  1. Campurkan semua bahan diatas dan uli hingga tak melekat pada tangan
  2. Jika lembik tambah tepung gandum atau bedakkan seperti dalam gambar
  3. Kemudian, gelek adunan tersebut
  4. Tekap guna acuan
  5. Buat mata pakai straw dan mulut pakai sudu.

Cara Membuat Potato Smile
Cara Buat Potato Smile


Step akhir, panaskan minyak dan goreng hingga warna berubah ke kuning kuningan atau masak. Toskan dan sedia untuk dihindangkan kepada ahli rumah. Cara buat kentang goreng senyum mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

Resepi Potato Smile Mudah Simple Lembut Rangup Crunchy Paling Sedap Kentang Senyum

Resepi Potato Smile Viral Mudah Simple Lembut Rangup Crunchy Paling Sedap Kentang Senyum. Anak saya susah makan. Jadi saya cubalah.buatkan kentang senyum viral ni untuk dia. Bila dah siap semua, anak cakap dia tak nak makan sebab tak sampai hati tengok kentang senyum ni asyik seyum kat dia je. Sabar je lah. Akhirnya, mak dia yang habiskan semua sekali. Ada yang nak tahu tak cara buat kentang senyum ? Saya selitkan resepi potato smile viral dibawah :

Resepi Potato Smile Mudah
Resepi Potato Smile

Resepi Potato Smile Rangup Crunchy Mudah Dan Sedap



Resepi Potato Smile Viral
Potato Smile Resepi


Bahan untuk resepi potato smile simple :

  1. Empat biji kentang
  2. Empat sudu besar tepung gandum
  3. Empat sudu besar tepung jagung
  4. Empat sudu besar serbuk roti
  5. Satu kiub pati ayam
  6. Garam sikit


Cara Buat Potato Smile


Cara Membuat Potato Smile
Cara Buat Potato Smile


Cara membuat potato smile :


  1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam sampai empuk
  2. Toskan sekejap dan lenyek kentang sampai lumat serta sebati
  3. Masukkan tepung gandum,tepung jagung, serbuk roti dan garam
  4. Uli sampai menjadi doh
  5. Kalau adunan lembik, tambah tepung jagung sikit
  6. Canaikan adunan tersebut. Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis. Sedang sedang sahaja.
  7. Kemudian tekap dengan acuan bulat.
  8. Lubangkan mata guna straw dan mulut pakai hujung sudu

Step akhir, panaskan minyak dan goreng guna api sederhana sampai masak. Siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Cara buat potato smile mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.
×