Resepi Onde Onde Labu Sukatan Cawan Gula Melaka. Dengan labu macam-macam jenis masakan yang boleh buat untuk santapan ahli keluarga..Antaranya onde-onde labu atau sesetengah orang panggil kuih buah melaka. Saya suka sebab resepi onde onde sedap dan mudah sangat. Jom saya kongsikan resepi onde onde labu yang simple dan sedap :

Resepi Onde Onde Labu Kuning
Resepi Onde Onde Labu


Resepi Onde Onde Labu Gula Melaka Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi onde onde labu sedap :

  1. Dua cawan labu kuning ( Siap rebus dan lenyek )
  2. Dua cawan tepung pulut
  3. Satu sudu besar tepung gandum
  4. Satu per empat cawan air
  5. Setengah cawan ketul gula melaka. ( Potong dadu )
  6. Dua hingga tiga helai daun.. Simpulkan
  7. Satu cawan kelapa parut putih + sedikit garam halus. ( Gaul sebati )


Cara Buat Onde Onde Labu Sukatan Cawan

Cara cara membuat onde onde labu kuning :

  1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum, labu. Gaul rata.
  2. Tuang  air sikit untuk lembutkan doh.Tapi  jangan tuang air sampai habis kerana labu yang telah dah direbus sudah terdapat kandungan air dalamnya
  3. Gentel bulat doh dan leperkan sikit untuk isikan gula melaka yang telah siap dipotong dadu tadi. 
  4. Kemudian, bulatkan semula.
  5. Buat sehingga habis doh.

Akhir sekali, panaskan air sampai mendidih. Masukkan daun pandan. Masukkan doh labu ke dalam periuk. Apabila doh timbul dipermukaan boleh angkat doh tu guna penapis kecil.. Lalukan sekejap bawah air paip. Toskan. Boleh terus golekkan onde-onde labu atas kelapa parut putih bagi rata. Sekarang sudah sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

> Resepi Buah Melaka Sukatan Cawan