Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Sukatan Cawan.  Salam semua. Ada lagi ke yang belum tidur macam saya ? Saya kena siapkan sedikit tempahan rempeyek tradisional dari kawan-kawan terdekat sebab esok saya dah nak balik kampung sempena cuti sekolah pertengahan tahun. Tanpa sedikit pengorbanan mungkin tak sempat saya siapkan semuanya. Sementara berehat sekejap, saya nak kongsikan resepi rempeyek mudah, simple dan sedap untuk rujukan semua.

Resepi Rempeyek Kacang Tanah Sukatan Cawan
Rempeyek Kacang Tanah Sukatan Cawan


Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Rangup

Bahan untuk resepi rempeyek kacang tanah sedap :

  1. Dua cawan tepung beras (saya guna cap teratai)
  2. Dua cawan santan
  3. Satu sudu air kapur
  4. Satu biji telur
  5. Seratus gram kacang tanah
  6. Enam puluh gram ikan bilis

Bahan tumbuk :

  1. Sepuluh gram udang geragau
  2. Satu sudu jintan manis
  3. Satu sudu ketumbar
  4. Satu sudu jintan putih
  5. Dua sudu kecil gula
  6. Satu sudu kecil garam


Cara  Buat Rempeyek Rangup

Cara membuat rempeyek sedap :

  1. Tumbuk kasar bahan tumbuk
  2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau sampai bancuhan tidak berketul.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng
  4. Rendam acuan dalam minyak yang telah panas terlebih dahulu (tips agar bancuhan tidak melekat dan senang tertanggal). 
  5. Tuangkan bancuhan ke dalam acuan tadi. (Guna api sederhana )
  6. Kemudian, tabur kacang tanah dan ikan bilis.
  7. Biarkan hingga warna keperangan.

Step akhir, angkat dan toskan. Biarkan sejuk seketika sebelum simpan dalam bekas kedap udara untuk elak rempeyek masuk angin atau menjadi lemau. Selamat mencuba.