Resepi Rempeyek Kacang Tanah Rangup Ikan Bilis Guna Kulit Popia.  Jom kawan-kawan yang sedang mencari resepi rempeyek kacang tanah tradisional, kita cuba buat rempeyek kacang tanah moden guna kulit popia yang mudah dan rangup. Boleh dijadikan jajan atau kuih raya. Resepi Rempeyek ikan bilis rangup ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Rempeyek Ikan Bilis
Resepi Rempeyek Kacang Tanah Rangup


Resepi Rempeyek Kulit Popia Rangup Crispy Mudah Sedap

Bahan untuk resepi rempeyek kacang tanah rangup dan simple  :

  1. Kulit popia (saya guna yang sedang)
  2. Ikan bilis
  3. Kacang tanah
  4. Tepung gandum ( campur dengan sedikit air )
  5. Acuan donat atau cawan atau gelas
  6. Pisau

Cara Buat Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis

Cara cara membuat rempeyek kacang tanah yang mudah  :

  1. Terap kulit popia pada acuan dan potong guna pisau
  2. Basuh kacang tanah serta jemur hingga betul-betul kering. ( Jika basuh masa tu dan masa tu juga nak goreng nanti bahagian luar kacang garing tetapi bahagian dalam.lemau )
  3. Basuh ikan bilis serta jemur sampai kering betul.
  4. Susun kulit popia yang telah siap dipotong atas dulang.
  5. Sapu bancuhan tepung gandum pada bahagian tengah kulit popia 
  6. Letak kacang dan ikan bilis yang telah dikeringkan tadi

Akhir sekali, goreng sampai warna bertukar keemasan.Siap untuk dihidangkan atau untuk disimpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

> Resepi Rempeyek Kacang Tanah Sukatan Cawan Rangup Tradisional