Resepi Ice Cream Oreo Homemade Mudah Lembut Gebu. Salam 1Malaysia semua. Tengah buat apa tu ? Saya sedang siapkan aiskrim oreo mcflurry yang sedap dan mudah untuk anak-anak. Tadi ada anak merungut cuaca sekarang panas, kita sebagai wakil ibu ibu mithali tak sampai hati bila dengar anak cakap camtu. Kebetulan barang semua ada, tanpa banyak cakap terus bersilat kat dapur untuk sediakan ice cream oreo Malaysia buat santapan anak besok. Yang nak cuba boleh ambil  resepi ice cream oreo simple dekat bawah :

Resepi Aiskrim Oreo
Resepi Ice Cream Oreo


Resepi Aiskrim Oreo Malaysia Mudah Sedap Lembut Gebu

Bahan untuk resepi aiskrim oreo mudah :


  1. Satu tin susu pekat
  2. Satu tin air suam (jangan bubuh penuh, kurangkan dalam satu inchi gitu)
  3. Satu biji telur
  4. Satu sudu makan ovellett
  5. Satu penutup esen vanilla
  6. Tiga sudu makan serbuk koko..
  7. Biskut Oreo yang telah  dibuang lapisan krim nya. ( Separuh mixer sekali, separuh lagi untuk tabur )


Cara Buat Ice Cream Oreo Malaysia

Cara Buat Aiskrim Oreo Mudah :


  1. Mixer semua bahan hingga naik satu kali ganda dan ringan ( tempoh masa dalam 20 minit dengan kelajuan high-speed )
  2. Ambil separuh biskut oreo lagi, patah-patahkan dan tabur.



Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku sebelum boleh dimakan. Siap. Cara nak buat aiskrim oreo sendiri mudah je kan. Selamat mencuba.