Resepi Aiskrim Milo Homemade Sedap Mudah Gebu Simple. Petang tadi kami sekeluarga pekena aiskrim milo homemade yang rasanya sama sebiji dengan aiskrim milo yang jual di kedai. Resepi aiskrim milo mudah sahaja, saya guna resepi aiskrim milo tanpa telur :

Resepi Ice Cream Milo Malaysia
Resepi Aiskrim Milo Homemade


Resepi Ice Cream Milo Mudah Ringkas Senang Best

Bahan untuk resepi aiskrim milo simple :
  1. Satu tin susu cair
  2. Satu sudu besar ovalette
  3. Dua sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis sila tambah hingga secukup rasa)
  4. Satu sudu kecil esen vanila
  5. Milo secukupnya ( tak kisah nak letak banyak mana, kalau takde milo pakai serbuk koko pun boleh )

Cara Buat Aiskirm Milo Malaysia

Cara cara membuat aiskrim milo mudah :

  1. Campurkan semua bahan kemudian pukul guna mixer or blender sampai sebati serta pekat ( tempoh masa dalam sepuluh hingga lima belas minit )
  2. Kemudian, tuang ke dalam bekas dan sejukkan semalaman.

Sedikit nota resepi, kalau tak suka milo boleh sahaja tukar perisa lain misalnya strawberi, keladi, jagung atau yang sewaktu dengannya. Selamat mencuba.