Resepi Apam Balik Pasar Malam Lembut Dan Gebu Sukatan Cawan. Tiada dapur khas untuk membuat apam balik tidak semestinya kita tidak boleh buat apam balik yang lembut dan gebu macam yang jual di pasar malam dekat dalam mini dapur rumah kita. Yang paling penting haruslah ada kerajinan yang tebal dan sedikit kretiviti. Jom saya kongsikan resepi apam balik guna pan :

Resepi Apam Balik Mudah
Resepi Apam Balik Rangup

Resepi Apam Balik Rangup Simple Mudah Step By Step

Resepi Apam Balik Pasar Malam Lembut Dan Gebu
Resepi Apam Balik Pasar Malam


Bahan untuk resepi apam balik lembut dan gebu :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu per empat cawan gula
  3. Satu sudu teh soda bikarbonat
  4. Satu sudu teh baking powder
  5. Satu biji telur
  6. Satu setengah cawan susu cair atau full cream
  7. Setengah sudu kecil garam
  8. Sedikit pewarna kuning

  • Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder
  • Pukul gula dan telur guna wisk atau garfu sampai sebati. ( Gula tak perlu larut sangat). 
  • Masukan susu dan pewarna.Kacau sampai sebati.
  • Masukan tepung dan kacau sebati sampai adunan licin dan tidak berketul. (Saya tapis)
  • Perap selama satu jam

Apam Balik Rangup Sukatan Cawan
Resepi Apam Balik Rangup Sukatan Cawan



Bahan inti apam balik :

  1. Kacang tanah yang telah di goreng dan dikisar
  2. Satu tin jagung
  3. Planta
  4. Gula sesedap rasa


Cara Buat Apam Balik

Resepi Apam Balik Mini Sukatan Cawan
Apam Balik Resepi Mudah


Cara cara membuat apam balik :

  1. Panaskan pan non stick dan griskan dengan planta..
  2. Masukan dua senduk adunan dan ratakan keliling. ( kalau nak apam balik nipis, bubuh satu senduk sahaja ).
  3. Tabur gula dalam dua sudu makan dan tutup pan..
  4. Kalau suka manis boleh letak gula lebih dan sebaliknya.
  5. Biar sampai adunan masak. (jika ada lubang-lubang atas tu maknanya adunan yang kita buat menjadi)
Apam Balik Recipe
Apam Balik Resepi


Akhir sekali, tabur kacang tanah, planta, jagung dan gula pada keseluruhan apam balik. Lipat dan siap.Cara nak buat apam balik mudah je kan, selamat mencuba.