Resepi Apam Balik Tebal Mudah Simple Sedap Gebu Lembut. Resepi apam balik yang saya buat berniaga di pasar pada suatu zaman dahulu. Memang gebu dan menggunakan bahan-bahan mudah didapati di kedai kedai atau pasaraya berhampiran kawasan anda.

Resepi Apam Balik Rangup
Resepi Apam Balik


Resepi Apam Balik Rangup Gebu Tebal Senang Best

  1. Satu kilogram gandum
  2. Tujuh puluh gram gula
  3. Setengah tin susu pekat
  4. Satu sudu teh mauripan
  5. Satu sudu besar soda bikarbonat
  6. Satu sudu teh esen vanila
  7. Satu sudu teh garam
  8. 1500ml air kosong

Cara Buat Apam Balik

  1. Masukkan semua bahan diatas dan kisar atau kacau sampai sebati
  2. Panaskan kuali. Lap kuali dengan butter. 
  3. Tuang adunan apam balik ke dalam kuali dan ratakan. 
  4. Letakkan gula ke permukaan serata tepung.
  5. Bila nampak kering sikit, letak kacang dan jagung. 


Akhir, angkat dan sapu butter ketika apam balik masih panas supaya nampak berkilat. Sekarang dah boleh untuk dimakan bersama ahli keluarga.