Ubat Gout Tradisional Yang Berkesan Dan Mujarab. Hari ni saya ingin kongsikan satu petua ubat gout cara tradisional. Alhamdulillah saya sudah mencuba petua ubat gout tradisional sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita penyakit gout. Pelbagai petua hilangkan gout telah saya cuba sebelum ini namun masih tidak menampakkan perubahan yang ketara dan akhirnya terpaksa menggunakan ubat gout farmasi.iaitu Allupurinol bagi turunkan paras asid urik dan Goutnor 0.6 mg bagi hilangkan rasa sakit. Pesakit gout memang tidak boleh di pisah dengan dua jenis ubat gout di farmasi tersebut kan. Okey, sekarang jom saya kongsikan ubat gout cara kampung yang menggunakan tumbuhan semulajadi dan tanpa bahan kimia serta paling berkesan. Jangan bimbang kerana ubat sakit gout sedap serta berbau wangi, sampai saya sendiri pun curi-curi minum tanpa pengetahuan encik suami.

Ubat Sakit Gout Tradisional
Ubat Gout Tradisional

Gout Diet Tradisional Mujarab Berkesan

Bahan untuk ubat gout secara tradisional :

  1. Satu biji timun
  2. Dua batang saderi atau celery
  3. Tiga  hirisan lemon

Cara Buat Jus Gout

Cara cara membuat ubat sakit gout tradisional :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender
  2. Tambah segelas air
  3. Kisar sampai lumat
  4. Tapis untuk asingkan hampas dan dapatkan jus

Amalkan dua kali sehari, selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur. Suami saya yang sudah mengamalkan dalam tempoh masa sebulan telah dapat kesan yang positif apabila mampu makan udang hampir satu kilogram tanpa rasa sakit di bahagian bengkak serta tidak perlu bergantung kepada ubat gout farmasi. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki sudah menurun kerana mengamalkan jus diet gout yang saya sediakan untuknya setiap hari. Kepada pesakit gout, jangan lupa untuk amalkan secara konsisten penawar gout ini.

> Ubat Gout Tradisional Nenas