Resepi Cheesekut Pelangi

Resepi Cheesekut Pelangi. Cheesekut oreo dah pernah kita buat sebelum ini, jadi hari ini kita cuba buat cheesekut pelangi yang sedap dan mudah. Ternyata warna pelangi yang menarik bukan sahaja cantik tetapi mampu menggoda anak-anak untuk habiskannya dalam masa yang paling singkat. Kita pun sempat makan sikit sahaja, lain kali kalau buat nak kena bagi awal-awal lah nampak gayanya. Jom saya kongsikan resepi cheesekut pelangi sedap mudah dan simple :

Resepi Cheesekut Pelangi Mudah
Resepi Cheesekut Pelangi



Resepi Cheesekut Pelangi Simple

Bahan untuk resepi cheesekut pelangi mudah :

Roti Saltcheese
Biskut Saltcheese

  1. Lima ratus gram cream cheese
  2. Satu tin susu pekat
  3. Biskut saltcheese
  4. Beberapa Pewarna Pilihan


Cara Buat Cheesekut Pelangi

Cara cara membuat Cheesekut Pelangi

  1. Pukul cream cheese bersama susu
  2. Rendam roti saltcheese dalam baki air susu yang ada. Rendam untuk basah sahaja, buat satu per satu
  3. Kemudian, susun dalam acuan
  4. Ambil cream cheese yang telah dipukul bersama susu tadi dan letakkan ke dalam mangkuk.
  5. Selepas itu, letak pewarna sikit, baru curah ke atas roti. Ratakan.
  6. Susun balik biskut atas cream cheese, letak pewarna lain pula dan ratakan 
  7. Buat sampai habis.
Oh ya, untuk dapatkan biskut saltcheese kawan kawan boleh dapatkan di kedai kek. Cara nak buat cheesekut pelangi mudah je kan. Selamat mencuba semua.


No comments:

Post a Comment

×