Resepi Cheesekut Leleh Goreng Salut Telur Mudah Senang Ringkas. Kisahnya saya nak buat kek batik lembut, tapi tersalah beli biskut. Sepatutnya beli biskut marie, saya pergi beli biskut lain lak. Kenapalah tak terbeli biskut oreo, boleh juga buat cheesekut oreo. Tapi takpe, atas ilham yang datang secara tiba-tiba maka terhasillah Cheesekut Leleh Goreng Celup Telur. Sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan sayur atau boleh dijadikan menu untuk diet. Makan sebiji pun dah kenyang.

Resepi Cheesekut Goreng Celup Telor
Resepi Cheesekut Leleh



Resepi Cheesekut Nestum Salut Telur Sedap Simple Kenyang

Isi biskut goreng boleh ikut citarasa masing-masing, nak letak inti karipap, inti popia pun boleh. Ini resepi inti cheesekut goreng saya, tak buat pedas sebab anak nak makan :

Resepi Inti Biskut Goreng Celup Telur

  1. Lobak
  2. Kentang
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Daun sup
  6. Daun bawang
  7. Sosej
  8. Keju
  9. Ayam
  10. Garam
  11. Serbuk perasa atau ajinamoto
Cara Buat Cheesekut Goreng Salut Telur

  1. Potong dadu atau hiris semua bahan diatas
  2. Masak sampai empuk.
  3. Bila dah empuk masukan dua sudu bancuhan tepung gandum untuk kasi pekat senang nak letak atas biskut.
  4. Asingkan seketika untuk sejukkan inti
  5. Bila sudah sejuk letak inti atas biskut dan ratakan.

Sebelum goreng lumur dengan telur pada bahagian tepi, kemudian lumur pula dengan sebuk roti atau nestum. (Saya pakai biskut yang saya hancurkan). Tak nak bagi isi cheesekut meleleh keluar masa sedang menggoreng. Goreng sekejap je tau secara menegak api guna api sederhana.