Resepi Poli Ubi Kayu Kelantan Asli Original Tradisional. Ubi kayu kelmarin masih berbaki. Untuk pengetahuan semua, ubi kayu tidak boleh untuk kita simpan lama-lama kerana nanti ubi kayu masuk angin dan jadi tidak sedap. Saya buat kuih poli ubi kayu atau di sesetengah tempat panggil kuih lopes ubi kayu. Sedap, mudah dan simple sangat. Resepi kuih puli ubi kayu ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Kuih Poli Ubi Kayu Kelantan
Resepi Poli Ubi Kayu Kelantan


Resepi Kuih Poli Ubi Kelantan Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi kuih poli ubi kelantan tradisional :

Bahan A : Poli Ubi Kayu Kukus


  1. Satu kilogram ubi kayu ( parut )
  2. Daun pisang


  • Parut ubi kayu ( asingkan kepada beberapa bekas dan letak pewarna, tak nak letak pun takpe )
  • Sediakan daun pisang
  • Letak dua tiga sudu ubi parut tadi ke dalam daun pisang
  • Bungkus kemas.
  • Panaskan pengukus
  • Kukus kuih puli ubi kayu selama setengah jam atau sampai masak.
  • Biarkan sejuk seketika

Bahan B : Kelapa Parut


  1. Kelapa parut
  2. Garam sikit


  • Kukus sekejap kelapa parut untuk tahan lama
  • Kemudian, gaul dengan garam



Bahan C : Kuah/ Air Gula Nissan


Bahan untuk resepi kuah poli ubi kayu aka air gula melaka :

> Cara Buat Air Gula Kuih Poli Ubi Kayu Kelantan


Cara Buat Kuih Poli Ubi Kelantan

Cara membuat kuih poli ubi kelantan :


  1. Keluarkan kuih poli ubi kayu yang telah sejuk dari daun pisang
  2. Potong segi empat atau kiub
  3. Gaul bersama kelapa parut


Step akhir, tuang air gula nissan atas kuih poli ubi. Siap untuk di makan.

> Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan Mudah Sedap