Resepi Kuih Talam Pandan Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Sesiapa yang ada masa terluang jom ikut saya buat kuih tepung talam pandan yang paling mudah dan paling sedap.  Resepi talam pandan mudah je, saya guna resepi talam pandan sukatan cawan :

Resepi Kuih Talam Pandan Sukatan Cawan
Kuih Talam Pandan Sukatan Cawan


Resepi Kuih Talam Pandan Tepung Gandum Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi talam pandan tepung gandum ;

Bahan A : Bahagian Bawah

  1. Satu cawan gula pasir
  2. Empat, tiga per empat cawan air ( jika nak letak santan pun boleh juga )
  3. Dua cawan tepung gandum
  4. Dua sudu besar tepung ubi
  5. Pewarna hijau sikit
  6. Satu sudu teh garam
  7. Lapan hingga sepuluh helai daun pandan


  • Blender daun pandan bersama air. Tapis.
  • Masukkan tepung gandum, tepung ubi, garam gula dan pewarna ke dalam air pandan tersebut.
  • Kacau sebati.
  • Masak sekejap guna api perlahan lebih kurang satu hingga dua minit.
  • Tapis kan ke dalam loyang yang telah di gris majerin atau minyak.
  • Saya guna loyang 10 x 10
  • Panaskan pengukus sampai air mendidih
  • Kukus selama dua puluh lima minit. Jika ada air bertakung, buang guna sudu.
  • Kukus sekejap tanpa tudung periuk pengukus lebih kurang dalam lima minit
  • Cakar pakai garfu pada bahagian atas kue talam pandan.


Bahan B : Bahagian Atas

  1. Dua setengah cawan santan pekat
  2. Satu cawan tepung beras
  3. Setengah sudu teh garam



Cara Buat Kuih Talam Pandan 

Cara buat kuih talam tepung gandum :

  1. Campurkan semua bahan B.
  2. Kacau sampai sebati dan tapis atas adunan kue talam pandan yang kita kukus tadi. 
  3. Kukus lagi selama dua puluh lima minit.
  4. Kukus tanpa tudung selama lebih kurang lima minit.
  5. Siap.


Step akhir, biarkan sejuk sebelum potong. Seeloknya, buat malam ini pagi esok baru potong. Satu lagi, biarkan pada suhu bilik tau jangan simpan dalam peti ais pulak. Cara membuat kuih talam pandan mudah je kan, selamat mencuba semua.