Resepi Putu Mayam Guna Bihun Mudah Sedap Simple. Jangan tak percaya saya buat Putu Mayam guna bihun untuk kali ketiga kerana sedap sangat.  Saya guna bihun jenama Sufi, bukan hendak promote tapi jenama lain saya tak pernah cuba lagi setakat hari ini. Dengar kata bihun faiza pun boleh buat putu mayam. Saya saja je buat warna warni untuk nampak lebih meriah sempena esok cuti Deepavali

Resepi Putu Mayam Bihun
Putu Mayam Resepi

Resepi Putu Mayam Lembut Sedap Ringkas Tanpa Acuan

Bahan untuk resepi putu mayam mudah :

  1. Bihun Jenama Sufi atau Bihun Faiza
  2. Kelapa putih
  3. Gula merah
  4. Daun pandan
  5. Pewarna
  6. Garam (secubit)


Cara Buat Putu Mayam Bihun

Cara buat putu mayam mudah :

  1. Rendam bihun dengan air suam selama satu jam
  2. Ketika kukus renjis-renjis air pada mee hoon


Step akhir, kukus selama lima belas minit atau sampai lembut. Kemudian, hidangkan bersama kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula merah. Cara membuat putu mayam mudah je kan, selamat mencuba semua.