Resepi Bingka Roti Mudah Dan Sedap Simple Ringkas.  Hari ini dapat saguhati ubi kayu dari jiran sebelah rumah. Jadi berbingka bengkang lah kita. Mula mula kita buat bingka ubi kayu kemudian kita sambung buat bingka roti kerana banyak roti yang hampir tamat tempoh.  Nanti separuh kita makan sendiri, separuh lagi kita kongsi dengan jiran barulah bertambah erat dan mesra. Resepi bengkang roti bakar mudah sukatan cawan ada saya kongsikan dibawah :

Bingka Roti Mudah
Bingka Roti Sukatan Cawan


Resepi Bingka Roti Sukatan Cawan Mudah Sedap

Bahan untuk resepi bingka roti simple :
  1. Tujuh keping roti gardenia (carik halus-halus)
  2. Tiga biji telur ayam
  3. Satu cawan tepung gandum
  4. Setengah cawan gula
  5. Dua cawan santan
  6. 100ml susu segar
  7. Secubit garam
  8. Satu sudu teh esen vanila
  9. Satu sudu besar marjerin
> Resepi Bingka Ubi Kayu Gula Merah Sukatan Cawan

Cara Buat Bingka Roti Bakar 

Cara membuat bingka roti :

  1. Mula mula rendamkan roti dalam susu hingga kembang. Asingkan seketika.
  2. Dalam bekas lain, masukkan semua bahan diatas dan kacau pakai whisk.
  3. Ambil roti yang kita rendam tadi dan masukkan ke dalam adunan yang siap di whisk
  4. Kacau sebati
  5. Jika adunan terlalu pekat sila tambah air. Tapi adunan jangan terlalu cair pulak nanti bingka jadi lembik.

Step akhir, griskan loyang guna marjerin.dan bakar pada suhu 180 selama satu jam atau sampai masak. Bergantung kepada oven masing-masing. Cara nak tahu bingka dah masak ke belum, cucuk bingka pakai lidi dan kalau tak melekat bermakna bingka roti telah masak. Siap Cara membuat bengkang roti mudah je kan, selamat mencuba semua ya.

> Resepi Bingka Pandan Sedap Sukatan Cawan