Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan Guna Blender. Tanpa sedar, ini sudah kali ketiga rasanya saya buat kek coklat kukus guna blender menjadi dengan jayanya.  Kepada yang belum memiliki blender di rumah, jom cuba saya kongsikan cara membuat kek coklat kukus menggunakan blender yang moist, lembut, mudah dan sedap secara homemade :

Resepi Kek Coklat Kukus
Kek Coklat Kukus

Resepi Kek Coklat Kukus Guna Blender Sukatan Cawan



  1. Satu cawan serbuk koko
  2. Satu cawan susu pekat
  3. Satu cawan susu cair
  4. Satu cawan gula
  5. Satu cawan minyak
  6. Tiga biji telur


  • Blended semua bahan diatas selama lima minit.


Bahan ayak :


  1. Satu, satu per empat cawan tepung gandum
  2. Satu sudu kecil soda bikarbonat
  3. Satu sudu kecil baking powder


Cara Buat Kek Coklat Kukus Mudah

Cara cara membuat kek coklat kukus 


  1. Campurkan bahan blender dengan bahan ayak.
  2. Kaup balikkan.
  3. Tapis dan letak dalam loyang


Step akhir, kek coklat kukus selama empat puluh lima minit guna api sederhana. Nak tahu kek coklat dah masak ke belum, cucuk pakai garfu dan kalau tak melekat maknanya sudah masak. Cara nak buat kek coklat kukus mudah je kan. Selamat mencuba semua.