Resepi Kuih Ulat Bulu Terengganu Asli Original Traidisional. Sesiapa yang pernah ke negeri Terengganu jangan lupa untuk cuba kuih muih tradisional Terengganu. Macam-macam ada dan salah satunya yang saya pernah makan adalah kuih ulat bulu. Sedap sangat. Kepada yang tidak berkesempatan lagi untuk merasai kuih ulat bulu terengganu tradisional, jom saya ajarkan resepi kuih ulat bulu sedap. Saya guna resepi kuih ulat bulu sukatan cawan terengganu ori :

Resepi Kuih Ulat Bulu Terengganu Original
Kuih Ulat Bulu Terengganu


Resepi Kuih Ulat Bulu Terengganu Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi kuih ulat bulu viral :

  1. Satu paket tepung pulut
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Sedikit pewarna.(  ikut suka nak letak warna apa )
  4. Air secukupnya
  5. Inti Kacang Merah atau Nissan ( Gula Melaka ), tak nak letak inti pun takpe.
  6. Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.  ( Nak tahan lama, kukus sekejap )
  7. Segenggam beras ( sangai sampai warna perang ) 
Cara Buat Kuih Ulat Bulu Terengganu

Cara cara membuat kuih ulat bulu Terengganu :


  1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum. Gaul sampai sebati
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai doh jadi sederhana lembut
  3. Ambil sedikit doh dan leperkan
  4. Letak inti pada bahagian tengah
  5. Gentel biar jadi macam ulat bulu untuk tutup doh
  6. Panaskan air sampai mendidih
  7. Masukkan doh kuih ulat bulu yang telah siap digentel ke dalam air yang sedang mendidih
  8. Bila sudah terapung, angkat dan toskan seketika
Step akhir sekali, gaul kuih ulat bulu dengan kelapa parut yang telah campur dengan sedikit garam tadi dan taburkan beras yang siap disangai. Siap. Cara nak buat kuih ulat bulu mudah je kan, selamat mencuba semua.