Resepi Kuih Talam Gula Merah Sukatan Cawan. Minggu lepas kita sudah makan kuih talam tokyo, Petang nanti kita layan kuih talam gula merah yang mudah dan sedap pulak. Sesiapa yang nak cuba buat boleh ambil dibawah resepi kuih talam gula merah sedap :

Resepi Kuih Talam Gula Merah Sukatan Cawan
Kuih Talam Gula Merah Sukatan Cawan


Resepi Talam Gula Merah Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih talam gula merah mudah :

Bahagian bawah :
  1. Satu cawan tepung beras
  2. Satu, tiga per empat cawan air
  3. Satu cawan gula merah
  • Masukkn semua bahan dan kacau sampai sebati. Kemudian tapis.

Bahagian atas :

  1. Satu Cawan tepung beras
  2. Satu, tiga per empat cawan santan
  3. Garam sedikit
  • Gaul hingga sebati dan tapis

Cara Buat Kuih Talam Gula Merah

Cara cara membuat kuih talam gula merah :

  1. Kukus bahagian bawah selama dua puluh minit atau sampai masak.
  2. Bila bahagian bawah dah masak, goreskan guna garpu ( sebaiknya cucuk di sekeliling permukaan agar warna tak bercampur dengan lapisan atas)
  3. Selepas itu, masukkan bahagian atas pula ke dalam loyang.

Akhir sekali, kukus kuih talam gula merah sampai masak selama lebih kurang dua puluh minit. Siap. Cara nak buat kuih talam gula merah mudah je kan, selamat mencuba.