Resepi Kek Batik Simple Dan Sedap Mudah Ringkas.  Baru siap bersilat di dapur buat kek batik yang sedap dan mudah. Biasa saya buat ikut resepi kek batik dekat bawah  boleh dapat tujuh plastik. Dalam lima belas minit dah siap bungkus.  

Resepi Kek Batik Simple Dan Mudah
Resepi Kek Batik Simple Dan Sedap


Resepi Kek Batik Simple Dan Mudah

Bahan untuk resepi biskut batik mudah dan sedap :

  1. Satu paket biskut marie  ( patah-patahkan )
  2. Satu paket (480 gram ) Milo
  3. Seketul ( 250 gram ) Buttercup
  4. Suku tin susu pekat ( boleh tambah atau kurangkan )
  5. Esen vanila (optional)
  6. Kacang campuran (optional)


Cara Buat Kek Batik Lembut


  1. Masukkan buttercup, susu, serta esen vanila dalam kuali dan kacau rata. Guna api sederhana.
  2. Bila butter dah cair sepenuhnya, masukkan pula milo.
  3. Masukkan biskut marie  dan  kacang campuran. Kacau sampai rata dan sebati
  4. Dah rata dan sebati, tutup api dan biarkan seketika.
  5. Kemudian, masukkan dalam plastik bungkus makanan dan bentukkan seperti dalam gambar. (langkah ni kena cepat sikit buat sebelum adunan sejuk, jika sudah sejuk susah kita nak bentuk)


Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk, selepas semalaman baru potong. Cara nak buat kek batik mudah je kan, selamat mencuba semua.