Resepi Tapai Pulut Putih. Petang begini dapat makan tapai sejuk-sejuk memang sedap. Ada ke kawan-kawan yang suka tapai pulut macam saya ? Kalau belah Terengganu dan Kelantan, masyarakat dulu dulu memang akan jadikan tapai pulut sebagai salah satu juadah istimewa pada hari raya tau. Jom saya kongsikan resepi tapai pulut putih yang mudah dan sedap :

Resepi Tapai Pulut Putih Sedap
Resepi Tapai Pulut Putih

Resepi Tapai Pulut Putih Tradisional

Bahan untuk resepi tapai pulut putih sedap :
  1. Satu kilogram beras pulut [basuh dan toskan]
  2. Satu biji ragi ( besar duit lima puluh sen ), hancurkan dan ayakkan.
  3. Daun pisang atau daun jambu laut atau daun getah
  4. Lidi bagi sepitkan daun
  5. 500 ml air bagi renjis atau siramkan pada pulut

Cara Membuat Tapai Pulut Putih

Cara buat tapai pulut putih :
  1. Masukkan pulut dalam pengukus dan kukuskan pulut sampai naik wap.
  2. Keluarkan pulut dan siramkan guna air dan gaulkan rata.
  3. Selepas itu, kukus lagi sekali sampai naik wap lagi.
  4. Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam dan selerakkan pulut.
  5. Biarkan seketika pulut sejuk dalam tempoh masa dua hingga tiga jam dalam suhu bilik.sejuk
  6. Taburkan rata ragi yang telah siap diayakkan tadi.
  7. Gaulkan rata dan biarkan seketika.
  8. Ambil, bersih dan lapkan daun yang akan digunakan.
  9. Kepalkan pulut sebesar bebola ikan dan isikan ke dalam daun.
  10. Sepit guna lidi dan masukkan dalam bekas.

Akhir sekali, simpan bekas tersebut selama dua puluh empat jam atau satu hari sebelum boleh makan. Selamat mencuba.