Resepi Sandwich Sardin Sedap Mudah Simple Ringkas Viral Best. Siapa suka makan sandwich tuna aka sandwich sardin? Kita geng. Saya paling suka makan sandwich sebab bila rasa nak makan, saya boleh buat sandwich bila-bila masa sahaja. Tidak kira lah, waktu pagi atau petang atau malam. Dapat makan sandwich sampai perut kenyang  terus hati pun senang. Dibawah saya sertakan sekali resepi sandwich sardin sedap dan mudah.

Resepi Sandwich Tuna Sedap
Resepi Sandwich Sardin


Resepi Sandwich Tuna Sedap Mudah Simple

Bahan untuk resepi sandwich tuna mudah :

  1. Roti sandwich
  2. Daun salad
  3. Satu tin sardin ( Saya guna "tuna in olive oil" brand tesco, tapi jenama lain pun boleh )
  4. Mayonis
  5. Lada hitam
  6. Lada sulah
  7. Garam
  8. Cili api atau padi
  9. Bawang besar ( potong dadu )
  10. Lobak merah ( potong dadu )
  11. Tomato ( potong dadu )
  12. Timun ( potong dadu )
  13. Perahan limau nipis atau limau kasturi. 

Cara Buat Sandwich Sardin

Cara cara membuat sandwich sardin :


  1. Campur dan gaul semua bahan kecuali roti dan daun salad
  2. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa biar kena dengan selera.
  3. Lapik daun salad atas roti.

Akhir sekali, cedok pakai sudu adunan yang telah digaul tadi. Siap, dah boleh makan. Cara nak buat sandwich sardin mudah je kan, selamat mencuba.