Resepi Petai Masak Sambal Kelapa Sedap Mudah Simple. Petai masak sambal kelapa , cuba sekali pasti nak lagi. Seeloknya dapat kan petai yang muda kerna kulitnya masih lembut. Jika diberi pilihan , saya lebih suka petai masak sambal kelapa daripada sambal tumis petai. Jom saya kongsikan resepi petai masak sambal kelapa mudah dan sedap :

Resepi Petai Masak Sambal Kelapa Sedap
Resepi Petai Masak Sambal Kelapa

Resepi Petai Masak Sambal Kelapa Simple Sedap Ringkas

Bahan untuk resepi petai masak sambal kelapa mudah :
  1. Petai ( potong nipis )
  2. Bawang besar ( potong kasar )
  3. Untuk sambal kelapa :

  • Kelapa
  • Enam biji cili kering
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Bawang besar
  • Satu sudu jintan manis


Cara Masak Petai Masak Sambal Kelapa

Cara cara membuat petai masak sambal kelapa :

  1. Kisar kesemua bahan dan tumis
  2. Masukkan air dan masak sampai pecah minyak
  3. Kemudian, masukkan kelapa dan petai
  4. Tambah air
  5. Masak sampai kering. 


Nak lagi sedap masukkan udang hidup. Cara nak buat petai masak sambal kelapa mudah je kan, selamat mencuba.