Resepi Pajeri Nenas Utara Asli Original Tradisional. Ada kawan-kawan yang suka makan pajeri nanas tak ? Saya suka sangat. Kalau ada lauk pajeri nenas memang tambah dua tiga pinggan nasi. Memang mabeles dan faberet. Kebetulan pergi pasar tadi jumpa nenas yang menggoda, jadi saya pun beli dua biji, satu biji buat air nenas dan satu biji lagi buat pejeri nenas yang sedap. 

Resepi Pajeri Nenas Utara Original
Resepi Pajeri Nenas Utara


Resepi Pajeri Nenas Utara Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi pajeri nenas sedap :

  1. Satu biji Nenas ( Nak letak terung cam saya buat tu pun boleh sahaja )
  2. Dua bawang putih, tiga bawang merah dan halia yang telah hiris sikit.
  3. Sedikit kulit kayu manis serta bunga lawang.
  4. Satu sudu besar udang kering (Tak letak pun boleh sahaja )
  5. Dua sudu besar kerisik.
  6. Dua cawan santan.
  7. Satu bungkus rempah kari daging (saya guna cap Babas)

Cara Buat Pajeri Nenas Simple

Cara cara masak pajeri nenas mudah :

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu serta bunga lawang.
  2. Apabila sudah layu  masukkan rempah kari, santan, kerisik dan udang kering.
  3. Masukkan garam dan gula (gula lebihkan sikit kerana pajeri jika manis manis tak sedap).
  4. Kecilkan api. 
  5. Biarkan seketika
  6. Apabila kuah sudah menjadi pekat dan pecah minyak, baru masukkan nenas.


Bila kuah pajeri nenas pekat berpalut. Sudah boleh tutup api. Nenas tak payah masak lama sangat ye sebab nanti lembik. Selamat mencuba.