Resepi Mee Kuning Homemade Tanpa Telur. Tetiba tadi anak minta buat mee hailam, katanya sedap makan masa tengah-tengah hujan ni. Yang masalahnya mee kuning tiada, tak ingat nak beli masa pergi pasar tadi. Jesteru sebagai seorang ibu yang telah lama, mempunyai banyak pengalaman dan mengetahui selok belok serta onak duri di dapur maka terhasillah mee kuning homemade tanpa telur dan tak putus. Yang nak resepi mee kuning homemade yang simple, sedap dan mudah boleh ambil dekat bawah :

Resepi Mee Kuning Mentah
Resepi Mee Kuning Homemade


Resepi Mee Kuning Mentah Guna Tangan Tanpa Mesin

Bahan untuk resepi mee kasar homemade :

  1. 250 gram tepung gandum
  2. 120 ml air suam
  3. Dua hingga tiga titis pewarna kuning
  4. Dua sudu kecil air kapur makan


Cara Buat Mee Kuning Homemade

Cara cara membuat mee kuning sendiri :

  1. Masukkan semua bahan sampai jadi doh. 
  2. Bahagikan kepada dua atau tiga bahagian untuk menyenangkan kita mencanainya nanti. Ini kerana mee kuning yang kita nak buat adalah mee kuning guna tangan tanpa guna mesin.
  3. Canai atau gelek doh menjadi nipis 
  4. Kemudian potong halus sampai habis


Akhir sekali, didihkan air yang telah campur dengan dua sudu makan minyak masak ( agar mee kuning tidak  melekat ) dan masukkan mee selama dua hingga tiga minit. Toskan. Cara nak buat mee kuning mudah je kan. Selamat mencuba.

> Resepi Mee Kuning Homemade Tanpa Kapur