Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan Step By Step Lembut dan Gebu Simple. Hujung minggu macam ni, boleh lah buat apam polkadot yang sedap dan comel untuk anak-anak. Sambil berborak sambil tonton tv sambil suap apam polkadot dalam mulut. Sedar-sedar kenyang. Resepi apam polkadot simple sahaja, saya guna resepi apam polkadot kukus sukatan cawan.

Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan
Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan


Resepi Apam Polkadot Mudah Simple Sedap Ringkas Senang


Bahan untuk resepi apam polkadot mudah dan sedap :

  1. Dua biji telor
  2. Satu cawan gula
  3. Satu sudu kecil ovallete
  4. Satu cawan fresh milk
  5. Dua cawan tepung naik sendiri
  6. Sedikit esen vanilla
  7. Jem strawberry atau coklat
  8. Pewarna


Cara Buat Apam Polkadot Sukatan Cawan

Cara cara membuat apam polkadot sukatan cawan :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula, ovellete serta esen vanilla sampai kembang. Pastikan betul-betul kembang.
  3. Masukkan susu dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Adunan wajib tidak cair dan tidak terlalu likat.
  5. Bahagikan kepada beberapa warna yang anda suka.
  6. Saya suka masukkan dalam piping beg ataupun plastik yang dipotong hujungnya agar bekas lebih kemas
  7. Masuk kan kertas cup cake ke dalam bekas lompang bagi memastikan apam polkadot terbentuk dengan cantik dan comel.
  8. Jika nak filing, masukkan adunan separuh. Masukkan jem dan tutup dengan adunan kembali.
  9. Buatkan dot-dot yang comel macam dalam gambar.
  10. Pastikan air kukus betul-betul mendidih sebelum masukkan apam.
  11. Kukus selama lima belas minit guna api sederhana

Jangan lupa tutup pengukus dengan kain bagi elak air kukus jatuh atas apam dan buatkan apam tak cantik. Selamat mencuba.