Resepi Seri Kaya Telur Aka Pulut Sekaya Kelantan Asli Original Tradisional. Salam semua, saya nak kongsikan resepi kuih tradisional iaitu kuih tok aji serban kelantan aka kuih seri kaya aka pulut sekaya kelantan. Mudah dan simple sahaja cara buat pulut sekaya telur ni, saya pakai  resepi pulut sekaya sukatan cawan.

Resepi Pulut Sekaya Sedap
Pulut Sekaya Sukatan Cawan


Resepi Seri Kaya Telur Original Asli Sedap Mudah

1 ) BAHAN A
  1. Dua cawan beras pulut  ( rendam selama satu hingga dua jam )
  2. Satu kotak kecil santan (200ml ) dan tambah air setengah cawan
  3. Satu sudu kecil garam


Cara Buat Pulut Sekaya
  1. Toskan beras pulut
  2. Masuk santan yang telah di campur air dan garam ke dalam lloyang
  3. Gaul sampai sebati
  4. Kukus hingga masak
  5. Setelah masak, tekan-tekan kan pulut biar padat.


2) BAHAN B
  1. Dua keping gula melaka
  2. Setengah cawan air
  3. Tujuh biji telur ayam


Cara Membuat Pulut Sekaya

Masak gula melaka dan air sampai hancur dan sejukkan. Setelah sejuk, whisk telur sekejap. Masuk air gula melaka. Apabila sudah sebati masuk kan dalam pulut dan kukus selama  45 minit atau sampai masak. Saya pakai saiz loyang 22cm. Selamat mencuba.

> Resepi Seri Kaya Terengganu Original Asli Tradisional