Resepi Kek Pisang Tanpa Telur Sukatan Cawan Kukus Lembut Gebu. Berkat perkongsian petua skill kukus kek pisang daripada kawan-kawan, akhirnya hari ni terhasil kek pisang kukus tanpa telur tanpa minyak tanpa air tudung periuk menitik. Dan yang paling penting, kek pisang kukus lembut dan gebu. Syukur sangat dan terima kasih kepada yang berkenaan kerana sudi kongsikan cara kukus yang betul.

Resepi Kek Pisang Kukus Gebu
Resepi Kek Pisang Kukus


Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Tanpa Telur

Mudah dan simple sahaja bahan-bahan yang digunakan untuk buat kek pisang kukus :

  1. Satu cawan gula pasir  bersama air satu cawan (jadikan gula hangus)
  2. Satu cawan pisang lecek (terpulang pisang yang anda suka)
  3. Setengah cawan santan
  4. Dua cawan tepung gandum (ayak)
  5. Satu sudu teh baking powder
  6. Satu sudu teh soda bikarbonat.


Cara Buat Kek Pisang Kukus

Cara buat kek pisang tanpa telur :

  1. Masukkan semua bahan diatas dan gaul sampai sebati
  2. Kemudian kukus dalam tempoh masa dua puluh minit

Bila sudah siap kukus, cuba cucuk pakai lidi atau garpu dan jika tidak melekat sudah boleh angkat dan makan. Selamat mencuba.