Resepi Almond London Sukatan Cawan Sedap Mudah Rangup Simple Crunchy

Resepi Almond London Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple Rangup Crunchy. Siapa suka makan biskut almond london ? Mesti ramai kan termasuklah saya sendiri yang suka makan kuih almond london. Kebiasaannya, hari raya biskut almond london paling mendapat sambutan para tetamu yang berkunjung ke rumah saya. Masa mula-mula belajar cara buat biskut almond london sempat juga saya ambil pesanan dari kawan-kawan terdekat. Harganya mesti lah mampu milik sebab mak saya kat kampung marah jual mahal-mahal. Pesan mak yang saya pegang sampai sekarang, kalau nak berniaga bukan sahaja niat kita kena ikhlas tapi wajib ada juga niat untuk bersedekah. Tak kiralah pelanggan kita dari kaum atau agama berbeza.  Alhamdulillah, bisnes almond london laku keras sampai ada juga beberapa pesanan yang terpaksa saya tolak.   Sekarang, jom saya kongsikan resepi almond london mudah, simple, lembut dan gebu serta tanpa mixer yang saya pakai untuk meniaga. Resepi almond london simple sahaja, saya guna resepi almond london rangup sukatan cawan.


Resepi Almond London Sedap Simple
Resepi Almond London Sukatan Cawan


Resepi Almond London Sedap Simple Rangup Crunchy Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi almond london rangup sedap :

Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan
Almond London Sukatan Cawan



Bahan A

  1. Satu cawan buttercup
  2. Suku cawan gula ising ( jika tak nak manis sila kurangkan)
  3. Satu biji kuning telur
  4. Satu sudu kecil esen vanila

Bahan B
  1. Dua setengah cawan tepung gandum
  2. Setengah cawan tepung jagung
  3. Satu sudu besar tepung beras
  4. Satu sudu kecil serbuk penaik
  5. Tiga sudu besar serbuk badam
CARA BUAT BISKUT ALMOND LONDON SUKATAN CAWAN
Cara Buat Biskut Almond London Sukatan Cawan

Bahan C : Topping
  1. Dua cawan coklat masakan (sy guna beryl's yang coin) yang dicairkan pakai kaedah double boiler
  2. Kacang badam ( panaskan dulu dalam oven pada suhu 150c selama lebih kurang 15 minit )

Cara Buat Almond London Sukatan Cawan

Biskut Almond London Sukatan Cawan
Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan


Cara Buat Biskut Almond London Sukatan Cawan :
  1. Gaul bahan A hingga sebati pakai senduk kayu sahaja. Tidak perlu pukul lama
  2. Masukkan bahan B secara sedikit demi sedikit sambil uli. 
  3. Jika lembik sila tambah tepung dan jika keras sila tambah butter. 
  4. Uli sekejap sampai doh tidak melekat di tangan. 
  5. Gentel bentuk bulat atau bujur
  6. Masukkan pula satu biji kacang badam
> Cara Bentukkan Almond London Dengan Mudah Dan Cepat

Step akhir, bakar pada suhu 170c lebih kurang dua puluh lima minit atau sampai masak. Atas kapasiti oven masing-masing. Tunggu biskut almond london sejuk dulu kemudian tuang atau celup dalam coklat yang kita cairkan tadi. Siap, dah boleh ngap atau simpan dalam bekas kedap udara. Cara buat almond london simple je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

1 comment:

Khaisha said...

Klu xletk tepung beras boleh x

Post a Comment

×