Resepi Sos Pencicah Thai Sedap Simple Mudah. Semalam makan sosej bakar dengan sos pencicah thai homemade. Terlupa yang sos cili kat rumah dah habis. Jadi alternatifnya, saya buat sos pencicah thai sendiri :

Resepi Sos Pencicah Thai


Resepi Sos Pencicah Thai Mudah Ringkas Senang Sedap

  1. Tiga biji Cili padi ( nak pedas tambah )
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Setengah cawan gula pasir
  4. Suku cawan cuka
  5. Suku cawan air
  6. Setengah sudu besar garam
  7. Satu sudu besar tepung jagung  ( cairkan pakai dua sudu besar air )


Cara Buat Sos Pencicah Thai

  1. Masukkan semua bahan yang telah dinyatakan diatas kecuali tepung jagung dan kisar
  2. Siap kisar, masak adunan sos pencicah thai atas dapur pakai api sederhana
  3. Bila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah campur dengan dua sudu besar air dan sentiasa kacau sampai likat.
  4. Kemudian, tutup api dan biarkan seketika.
  5. Masukkan ke dalam botol atau bekas yang telah anda sediakan.
  6. Simpan dalam peti ais.
  7. Siap

Nak pakai terus untuk  makan dengan keropok, sosej bakar, jemput-jemput, kerang, ikan bakar dan yang sewaktu dengannya boleh sahaja. Silakan.

> Resepi Kerabu Maggi Thailand