Resepi Dorayaki Sukatan Cawan. Kalau ada kawan-kawan yang nak cuba buat kuih dorayaki yang doraemon suka makan tu, dekat bawah ada saya kongsikan resepinya. Mudah, ringkas dan sedap orang cakap.

Resepi Dorayaki Sedap
Resepi Dorayaki

Resepi Dorayaki Simple Mudah  Ringkas Senang

Tiga biji telur
Setengah cawan gula 
Esen vanilla
*putar hingga gebu
Satu sudu besar madu
Dua sudu besar susu pekat
Dua sudu besar minyak masak
*masukkan ke dalam adunan telur tadi,, putar lagi sampai sebati
Dua cawan tepung gandum
Satu sudu besar baking powder
Suku cawan air
*ayakkan tepung, masukkan air dan kacau sampai sebati ke dalam adunan telur
Goreng tanpa minyak dalam periuk sampai permukaan atas kering. Baru diterbalikkan.
Isi dalam guna jem coklat ( boleh di beli dekat kedai bakeri )  atau nutella.

Setiap adunan boleh dapat lebih kurang dalam 30 pcs siap dengan isi. Kalau kat kedai, orang biasa jual RM5/6 pcs tau. Semoga bermanfaat.

> Resepi Inti Coklat Dorayaki Homemade