Resepi Roti Puri Sukatan Cawan Sedap Gebu Mudah. Apa bahan dan bagaimana cara untuk menyediakan roti puri  aka resepi roti bom sukatan cawan? Ikuti perkongsian resipi berikut :



Resepi Roti Puri Cara Buat
Resepi Roti Puri


Resepi Roti Puri Yang Mudah Sedap Gebu


  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu sudu teh yis
  3. Tiga sudu besar minyak masak
  4. Satu sudu teh gula
  5. Setengah sudu teh garam
  6. Suku cawan air panas


Cara Buat Roti Puri Yang Lembut Senang Best


  1. Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak masak.
  2. Masukkan air panas, gaul samapai rata.
  3. Uli hingga adunan sudah tidak lekat pada tangan.
  4. Selepas itu, bulat-bulatkan
  5. Perap dalam tempoh masa 15 minit
  6. Setelah adunan kembang, lenyekkan pakai penggelek..
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga agak kekuningan
Diharap perkongsian tentang resepi roti puri sukatan cawan diatas dapat membantu anda dalam menyediakan santapan buat keluarga dan tetamu. Jangan lupa ikuti perkongsian lain-lain resepi di https://www.facebook.com/resepisimple. Terima kasih.