Resepi Inti Kelapa Kuih Ketayap Sedap Sukatan Cawan. Kelmarin saya ada kongsikan resepi kuih ketayap tapi tak sempat nak update resepi inti kuih ketayap kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Alang-alang ada masa terluang, jom saya kongsikan resepi inti kelapa kuih ketayap yang mudah dan sedap :



Kuih Ketayap Recipe Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Untuk resepi kulit kuih ketayap, kawan-kawan boleh lihat pada pautan dibawah :


Resepi Inti Kelapa Kuih Ketayap Simple Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi inti kelapa kuih ketayap mudah :

  1. Sebiji kelapa parut (putih saja)
  2. Satu cawan gula merah
  3. Dua sudu besar gula putih
  4. Sedikit air
  5. Dua helai daun pandan
  6. Dua sudu tepung gandum

Cara Buat Inti Kelapa Kuih Ketayap

Cara membuat inti kuih ketayap :

  1. Masak gula merah, gula putih bersama air hingga hancur.
  2. Masukkan daun pandan
  3. Masukkan kelapa
  4. Apabila agak kering masukkan dua sudu tepung gandum

Akhir sekali, kacau hingga inti kelapa kuih ketayap kering dan berkilat. Tak nak buat kering pun takpe, saya pun lebih suka lembab sikit Siap. Cara nak buat inti kelapa kuih ketayap mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Inti Custard Sukatan Cawan