Resepi Kuih Karas Bihun Mudah Dan Sedap Simple Rangup Manis. Siapa pernah makan kueh karas bihun ? Saya pertama kali makan semalam masa pergi berhari raya dekat rumah mak saudara terus jatuh cinta dan masak sendiri. Bagi saya kuih karas bihun rasanya lebih sedap berbanding kuih karas tradisional. Citarasa orang lain saya tak tahu lah. Berpeluh ketiak nak goreng habis kue karas bihun tadi tapi memang berbaloilah kerana dapat makan sampai puas. Resepi kuih karas bihun simple sahaja, saya guna resepi kuih karas bihun sukatan cawan :

Resepi Kuih Karas Bihun Sedap
Resepi Kuih Karas Bihun



Resepi Kuih Karas Sedap Simple Ringkas Guna Bihun

Kuih Karas Bihun Kedah
Kuih Karas Bihun


Bahan untuk resepi kuih karas kedah :
  1. Satu bungkus bihun ( saya guna bihun cap kapal layar )
  2. Satu cawan air
  3. Satu cawan gula pasir
  4. Satu sudu makan gula perang
> Resepi Putu Mayam Bihun Mudah Sedap Ringkas Simple

Cara Buat Kuih Karas Bihun

Kuih Karas Bihun Mudah
Kuih Karas Bihun Resepi


Cara cara membuat kuih karas bihun ;
  1. Leraikan bihun dan patah patahkan tapi jangan sampai hancur
  2. Didihkan air dan larutkan gula sampai betul- betul larut tapi jangan sampai pekat.
  3. Masukkan bihun yang telah dileraikan tadi dan gaul sebati.
  4. Letakkan pewarna yang anda mahu
  5. Agak sejuk, dah boleh goreng
Cara Membuat Kuih Karas Bihun
Cara Membuat Kuih Karas Bihun


Jangan lupa sebelum mulakan proses menggoreng, pastikan minyak sudah panas betul. Kemudian, goreng sedikit demi sedikit. Bila bihun sudah kembang angkat dan masukkan dalam cawan dadih atau mana-mana acuan yang anda gunakan. Tekan ketika kuih karas bihun masih panas untuk mendapat bentuk yang anda suka. Sekarang siap sedia untuk di makan atau di simpan dalam bekas kedap udara. Cara nak buat kuih karas bihun mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Kuih Karas Tradisional Asli Original Sukatan Cawan