Cara Buat Baja Kompos Sendiri Paling Mudah Dan Simple. Bahan sisa dapur jangan dibuang begitu sahaja, jadikan satu produk baharu iaitu baja organik untuk tanaman seperti sayur- sayuran dan yang sewaktu dengannya. Cara nak buat baja kompos mudah sahaja, ada saya kongsikan dibawah : 
Cara Buat Baja Organik Sendiri
Cara Buat Baja Kompos

Cara Buat Baja Organik Sendiri

Bahan untuk cara buat baja organik untuk sayuran ;

  1. Bekas Polisterin
  2. Sisa dapur ( bukan sisa berminyak )
  3. Tanah
Cara Membuat Baja Kompos Sendiri

Cara cara buat baja kompos sendiri :

  1. Tebuk dibahagian bawah bekas polisterin 
  2. Masukkan sisa makanan atau dapur seperti sayur-sayuran, kulit telur dan lain-lain yang bukan sisa berminyak.
  3. Masukkan sedikit tanah. Gaul rata.
  4. Letak diatas tanah untuk mikrorganisma seperti cacing dan semut menghancurkan sisa.
  5. Tutup bekas poliserin untuk elak takungan air hujan.
  6. Bagi memastikan kelembapan baja kompos, siram tiga hari sekali.
Hasilnya anda akan dapat black gold atau tanah hitam lembab yang amat baik untuk tanaman. Selamat mencuba.

> Cara Tanam Bawang Dalam Sarang Telur