Resepi Bubur Lambuk Utara Mudah Simple Asli Original Tradisional Paling Sedap. Salam semua. Rasanya kita sudah tidak lama nak jumpa bulan ramadhan kan. Jadi disini saya ingin kongsikan resepi bubur lambuk versi utara yang selalu saya buat pada setiap tahun. Syukur Alhamdulillah tak pernah tak habis. Gambar dekat bawah saya ambil pada hari pertama bulan puasa tahun lepas untuk di agihkan kepada jiran tetangga dan sanak saudara terdekat. Lambat sikit dapat update sebab terlupa simpan dekat mana gambar bubur lambuk ni. Tengah godek-godek laptop semalam terjumpa dan terus post di blog cararesepi.blogspot.com untuk perkongsian bersama. Kepada yang nak cuba, resepi bubur lambuk utara ada saya selitkan dekat bawah ya ( sukatan untuk satu periuk kecil ) : 

Bubur Lambuk Utara Resepi
Resepi Bubur Lambuk Utara



Resepi Bubur Lambuk Kedah Sedap Mudah Simple Ayam Daging

Bahan untuk resepi bubur lambuk utara sedap :

Bubur Lambuk Kedah Resepi
Resepi Bubur Lambuk Kedah


Bahan A


  1. Satu cawan beras
  2. Dua hingga tiga cawan santan
  3. Dua sudu kecil halba
  4. Udang ( buang kulitnya,dan kulitnya direbus serta diblend. Ambik airnya )
  5. Tulang betis atau tulang satu tongkol ( rebus sampai kembang )
  6. Dua kuib pati ayam
  7. Lobak merah  ( potong dadu/ memanjang )
  8. Garam secukup rasa
  9. Ayam atau daging ( rebus dan carik-carikkan )

Bahan B : Bahan Tumisan

  1. Bawang merah ( mayang nipis )
  2. Bawang putih
  3. Tiga inchi halia ( mayang memanjang halus )
  4. Dua hingga tiga batang batang serai ( ketuk )
  5. Rempah empat sekawan
  6. Daun pandan
  7. Satu sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan C : Hiasan

  1. Daun bawang
  2. Daun sup
  3. Bawang goreng
  4. Dan sambal ikan bilis ( kalau suka, tak letak pun okey )



Cara Buat Bubur Lambuk Utara

Bubur Lambuk Resepi
Bubur Lambuk Utara Resepi


Cara membuat bubur lambuk utara :

  1. Rebus beras bersama halba dengan air yang banyak sampai kembang dan pecah-pecah biji beras 
  2. Kemudian, masukkan betis atau tulang lembu atau kerbau yang telah siap kita rebus bersama airnya.
  3. Bila beras sudah betul-betul kembang, masukan lobak merah, kiub pati ayam, air udang, serta santan 
  4. Biarkan sampai mendidih.
  5. Dah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  6. Kacau-kacau dan rasa sikit untuk seimbangkan rasa.
  7. Kalau dah kena kena dengan selera, boleh tutup api. ( kalau pekat tambah air sikit )

Step akhir, tumis darat semua bahan B sampai warna bertukar kekuningan. Dah siap, angkat serta tuangkan bahan tumisan tersebut ke dalam periuk bubur lambuk utara tadi. Setel. Masa nak makan tabur bahan hiasan yang telah saya nyatakan diatas. Cara masak bubur lambuk utara mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan selamat mencuba.