Resepi Kuih Tako Sukatan Cawan Tradisional Mudah Simple Paling Sedap. Projek petang semalam bersama  anak-anak, kuih tako tradisional. Buat lebih sikit untuk dihantar ke rumah jiran tetangga. Disamping dapat menerapkan sikap suka berkongsi dalam diri anak-anak. Resepi kuih tako mudah sukatan cawan ada saya kongsi dekat bawah :


Kuih Tako Sukatan Cawan
Resepi Kuih Tako Sukatan Cawan


Resepi Kuih Tako Tradisional Mudah Sedap Simple Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih tako sedap  :

Lapisan Bawah

  1. Satu cawan tepung Hwee kwe
  2. Lima cawan air  (boleh buat empat cawan air tapis +satu cawan air pandan)
  3. Satu setengah cawan gula pasir
  4. Empat hingga lima biji sengkuang cina  ( potong dadu )
  5. Garam secubit

Cara Buat Kuih Tako Paling Senang

Cara buat kuih tako tradisional :


  • Kacau atau bancuh semua bahan diatas ( kecuali sengkuang ) sampai sebati.
  • Masak guna api sederhana hingga adunan menjadi pekat.
  • Bila adunan sudah pekat, masukkan sengkuang cina
  • Kacau sikit lagi hingga adunan berkilat.
  • Siap. 
  • Tuangkan adunan lapisan bawah tersebut ke dalam acuan pandan


Lapisan Atas


  1. Satu cawan tepung jagung
  2. Sembilan cawan santan sederhana pekat
  3. Satu sudu besar gula
  4. Satu sudu kecil garam


Cara Buat Kuih Tako Sukatan Cawan

Cara membuat kuih tako sukatan cawan :

  • Kacau dulu semua bahan  lapisan atas kuih tako hingga sebati.
  • Kemudian, kacau atas dapur guna api sederhana hingga adunan menjadi pekat berkilat.
  • Siap. 
  • Tuang adunan lapisan atas ke atas lapisan hijau pandan tadi.


Step akhir, biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.  Cara buat kuih tako mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Kuih Tepung Pelita Sukatan Cawan