Resepi Kerepek Biji Durian Mudah Sedap Simple Rangup Crunchy Homemade.  Harga durian sekarang mahal sebab pakai timbang kilo, tak macam dulu jual longgok je. Jadi sebagai pengguna yang berhemah kita tak seharusnya membazir, kita simpan biji durian dan buat keropok biji durian untuk kudapan depan tv. Untuk pengetahuan, khasiat biji durian pun tak kurang hebatnya. Kaya dengan vitamin B dan lemak baik. Mesti ramai tak tahu lagi kan yang biji durian boleh buat kerepek. Rasanya sedap tau. Tak caya cuba buat sendiri di rumah. Saya selitkan sekali resep keripik biji durian :

Resepi Kerepek Biji Durian Crunchy
Resepi Kerepek Biji Durian Rangup


Resepi Kerepek Biji Durian Rangup Crunchy Sedap Mudah Simple

Bahan untuk resepi kerepek biji durian crunchy ;

  1. Biji Durian ( rendam semalaman untuk memudahkan kita tanggalkan kulit biji durian )
  2. Garam
  3. Minyak Untuk Menggoreng
Cara Buat Kerepek Biji Durian

Cara membuat kerepek biji durian :

  1. Ambil biji durian yang kita rendam dan tanggalkan kulit biji durian tersebut.
  2. Kemudian, basuh sampai bersih
  3. Sagat cantik-cantik ( nak lagi mudah sagat, jemur sampai kering dulu )

Step akhir, panaskan minyak dan goreng sampai warna bertukar kekuning kuningan. Toskan dan gaul dengan garam. Siap. Cara buat kerepek durian mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.