Resepi Biskut Semperit Coklat Sukatan Cawan Gebu Lembut Rangup Mudah Sedap Simple. Biskut Semperit Coklat khas untuk orang yang sedang mengidam. Nak dekat raya tahun lepas suami tumpang kawan balik kerja, jadi tak tahu nak bagi apa dekat kawan dia saya kasi la sebalang semperit coklat. Semalam kawan suami tu telefon dan tanya boleh atau tak tolong buatkan biskut semperit coklat lagi sebab isteri dia yang sedang mengandung mengidam nak makan kuih semperit coklat yang saya buat. Saya sertakan sekali resepi semperit coklat mudah sedap simple sukatan cawan :

Resepi Semperit Coklat Sukatan Cawan
Semperit Coklat Sukatan Cawan


 Resepi Semperit Coklat Rangup Lembut Gebu Rapuh Mudah Sedap

Bahan untuk resepi semperit coklat sedap :

  1. Seketul butter ( 250 gram )
  2. Sebungkus tepung jagung ( 500 gram )
  3. Satu cawan susu coklat
  4. Satu penutup tudung esen vanilla


Cara Buat Biskut Semperit Sukatan Cawan

Cara buat semperit coklat :


  1. Pukul butter, susu coklat serta esen vanila hingga sebati
  2. Masukkan tepung jagung, gaul dan tekan.
  3. Dah siap, masukkan dalam acuan. ( saya guna acuan pecah 15 )

Step akhir, bakar pada suhu 170 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Cara membuat biskut semperit coklat mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.