Cara Tukar Tempat Mengundi Dengan Betul Mudah Dan Cepat.  Pilihanraya sudah makin hampir namun masih ramai yang belum tahu tentang cara untuk tukar alamat pusat mengundi. Untuk pengetahuan semua, bagi menukar alamat tempat mengundi, kita perlu tukar alamat pada mykad terlebih dahuluKita hanya perlu ubah alamat dalam cip mykad kita tanpa perlu menukar mykad yang baru. Jom saya kongsikan cara menukar tempat mengundi :

Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi
Cara Tukar Tempat Mengundi


Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Dengan Betul

Cara Menukar Alamat Tempat Mengundi :

  1. Bawa Mykad ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN )
  2. Mohon untuk tukar/ kemaskini alamat dalam Cip Mykad.
  3. Bayaran sebanyak RM2 akan dikenakan (simpan slip bayaran )
  4. Kemudian, pergi ke Pejabat Pos atau Pejabat SPR berhampiran 
  5. Mohon untuk tukar alamat mengundi secara percuma.
Semua urusan hendaklah dilakukan  sendiri oleh pemohon. Semoga perkongsian mengenai cara nak tukar tempat mengundi diatas dapat memberi sedikit manfaat. Sekian, harap maklum dan terima kasih.