Cara Menanam Kacang Pool Dalam Pasu Di Rumah Dengan Betul Dan Mudah. Ada tak peminat kacang pool? Orang utara panggil kacang poi kalau tak silap lah. Oleh kerana rumah saya terdapat hantu kacang pool, rebus habis- rebus habis, lima kilogram hilang sekelip mata. Jadi jalan yang paling terbaik adalah tanam sendiri sebab harga kacang pool kat pasar pun boleh tahan sekilo antara lapan hingga dua belas ringgit. Lagipun tanam kacang pool mudah je kerna pokok kacang poi tidak banyak musuh, sangat tahan lasak dan yang paling penting adalah tak perlu letak baja. Khasiat kacang pool pun banyak bukan main seperti kaya dengan protein dan pelbagai lagi untuk kesihatan manusia. Nak tahu lebih lanjut tentang manfaat kacang pool boleh tanya dengan pak cik google ye sebab hari ini saya nak tunjukkan cara penanaman kacang pool :

Cara Tanam Kacang Pool Dalam Pasu
Cara Tanam Kacang Pool


Cara Menanam Kacang Pool Di Rumah Yang Betul Dan Mudah

Cara Tanam Kacang Poi Dalam Pasu :

Cara Penanaman Kacang Pool
Cara Menanam Kacang Pool


Cara tanam kacang pool dalam pasu :

  1. Rendam kacang poi sampai keluar akar
  2. Pindahkan ke bekas berisi tanah (  tanah apa pun boleh sebab pokok kacang pool tak cerewet )
  3. Jarakkan sejengkal benih kacang pool antara satu sama lain.
  4. Siram kalau ada masa. ( pokok kacang pool tahan lasak, asalkan air tak bertakung sudah )

Step akhir, tuai selepas 120 hingga 130 hari. Cara nak tahu kacang pool dah boleh tuai ke belum adalah dengan melihat pada keadaan daun dia, bila dah macam nak terkulai maka boleh korek untuk lihat hasilnya yang telah beranak pinak. Hmm, kalau nak tanam secara "companion gardening" pun okey juga kerana kacang pool mengeluarkan nitrogen kepada tanah. Cara penanaman kacang pool dalam pasu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Cara Tanam Ubi Keledek Dalam Pasu