Resepi Sup Tepung Cina Aka Sup Tepung Gandum Sedap Mudah Simple Ringkas.  Dulu masa masih kecil, saya selalu pergi bermain dekat rumah jiran cina muslim kat sebelah rumah. Salah satu makanan tradisi mereka yang masih kekal bersama saya sampai kini adalah  Pan Mee atau dalam bahasa orang kita dikenali sebagai sup tepung gandum. Saya selitkan sekali resepi sup tepung tarik original dan tradisional ; 

Sup Tepung Tarik
Sup Tepung Gandum


Resepi Sup Tepung Tarik Asli Original Tradisional Mudah Sedap

Bahan untuk resepi sup tepung gandum sedap :
  1. Tiga cawan tepung gandum
  2. Dua biji bawang putih
  3. Empat biji bawang merah
  4. Tiga sudu ikan bilis
  5. Seikat sawi  ( guna sawi kampung lagi sedap )
  6. Minyak untuk tumis
  7. Garam sesedap rasa

Cara  Membuat Sup Tepung

Cara Masak Sup Tepung :


  1. Uli tepung bersama sedikit garam dan air sampai lembut dan tidak melekat di tangan. Ketepikan.
  2. Mayang bawang putih serta bawang merah. 
  3. Kemudian, tumis dengan ikan bilis sampai kekuningan.
  4. Masukkan satu liter air. Biarkan hingga mendidih.
  5. Dah mendidih, cubit tepung yang telah kita uli tadi secubit dan terikkan guna kedua dua belah tangan sampai jadi nipis.
  6. Masukkan dalam periuk. Ulang sampai tepung habis.
  7. Biarkan air menggelegak sekejap supaya tepung masak sepenuhnya.
  8. Masukkan sawi ( dan sayur lain kalau nak letak )
  9. Masukkan garam secukup rasa.

Step akhir, biarkan sekejap sampai sawi empuk dan dah boleh tutup api. Siap. Cara buat tepung cina mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.