Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Tanpa Telur Tanpa Santan. Baru siap buat kuih cara manis yang paling sedap, senang, lembut dan gebu gitu untuk makan petang nanti. Syukur menjadi dengan jayanya. Sesape yang nak cuba boleh ambil resepi kuih cara manis simple sukatan cawan berikut :

Kuih Cara Manis Sukatan Cawan
Kuih Cara Manis Sukatan Cawan


Resepi Kuih Cara Manis Tanpa Santan Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih cara manis mudah :

Bahan A :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua cawan air pandan
  3. Secubit garam
  4. Satu sudu kecil minyak masak
  5. Pewarna hijau sikit

  • Ayak tepung gandum
  • Dah siap, satukan semua bahan
  • Blend atau kisar sampai sebati
  • Tapis

Bahan B : Inti

  1. Gula pasir secukupnya
Cara Buat Kuih Cara Manis Tanpa Telur

Cara membuat kuih cara manis tanpa telur :

  1. Panaskan acuan kuih cara manis yang telah di sapu dengan minyak atas dapur
  2. Kecilkan api
  3. Tuang adunan kuih cara manis 
  4. Bubuh inti gula

Step akhir, tutup guna penutup periuk dan biarkan sampai masak. Siap. Cara buat kuih cara simple je kan, selamat mencuba semua. Salam.