Resepi Kek Span Pandan Sukatan Cawan Mudah Lembut Gebu. Sarapan kami sekeluarga simple sahaja iaitu kek pandan versi sponge kek yang mudah dan sedap. Ahli rumah semua suka sampai sekejap je habis.Resepi span pandan gebu dan lembut ada saya tulis dekat bawah bagi mereka yang nak tahu cara buat kek sponge pandan : 

Kek Span Pandan Mudah Sukatan Cawan
Kek Span Pandan Sukatan Cawan


Resepi Kek Span Pandan Mudah Sedap Simple Lembut Dan Gebu

Bahan untuk kek span pandan lembut sukatan cawan :

  1. Lima biji telur ayam
  2. Satu cawan tepung kek bluekey ( ayak )
  3. Satu cawan gula ( blend halus )- saya kurangkan sikit sebab tak suka manis.
  4. Satu sudu makan perisa pandan
  5. Satu sudu kecil pewarna hijau
  6. Satu sudu makan ovellet


Cara Buat Kek Span Pandan Bakar

Cara buat kek span pandan mudah :

  1. Campurkan semua bahan diatas dan mix hingga gebu
  2. Dah gebu, masukkan setengah cawan minyak dan kaub balik je. Tidak perlu mix.


Step akhir, tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dan bakar pada suhu 170 guna api atas bawah selama empat puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap. Cara membuat kek span pandan mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Kek Batik Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple