Resepi Kek Sarang Semut Tanpa Perap Kukus Sukatan Cawan Paling Mudah Simple. Saja teringatkan mak dekat kampung. Mak saya suka sangat makan kek sarang semut ni. Ada juga sesetengah orang panggil kek gula hangus. Jadi tadi, saya buat kek sarang semut paling mudah dan paling sedap. Yang penting kek gula hangus tanpa perap mak saya tak bakar pakai oven pun hanya pakai periuk nasi tapi tetap penuh dengan sarang. Saya selitkan resepi kek sarang semut guna rice cooker :

Kek Sarang Semut Tanpa Perap Kukus
Kek Sarang Semut Tanpa Perap


Resepi Gula Hangus Tanpa Perap Sukatan Cawan Guna Rice Cooker

Bahan untuk resepi kek sarang semut sukatan cawan :

  1. Satu cawan gula pasir
  2. Satu cawan air panas
  3. Satu cawan tepung gandum
  4. 125 gram butter
  5. Empat biji telur ayam gred B
  6. Setengah tin susu pekat
  7. Satu camca besar baking soda ( wajib )

Cara Buat Kek Sarang Semut Tanpa Perap

Cara buat kek gula hangus sukatan cawan :


  1. Panas gula guna api sederhana sampai hangus ( bukan hangit tau ) .
  2. Bila dah agak keperangan, tuang air panas  secara sedikit demi sedikit hingga habis.
  3. Perlahankan api hingga gula hangus tadi dan air sebati. 
  4. Masukkan butter dan kacau.
  5. Biarkan seketika.
  6. Masukkan empat biji telur ke dalam mangku dan  kacau sebati bersama susu pekat.
  7. Masukkan tepung serta baking soda. Kacau lagi kasi sebati.
  8. Kemudian tuangkan air gula hangus yang masih suam ke dalam adunan sambil kacau sebati.
  9. Ingat tuang air gula hangus yang masih dalam keadaan suam untuk pastikan baking soda betindak dengan cepat dan seterusnya menghasilkan sarang yang banyak dan menarik pada kek nanti.

Step akhir, gris kan rice cooker guna minyak atau majerin. Tuang adunan kek sarang semut ke dalamnya, tudungkan dan tekan button on. Kek akan masak sendirinya setelah button masak pada periuk nasi dah tendang naik. Cara nak tahu kek sarang semut dah masak ke belum, cucuk guna pisau.  Kalau belum masak, tekan button on kembali untuk kek sarang semut masak sepenuhnya. Siap. Cara buat kek sarang semut mudah je kan, selamat mencuba semua.