Resepi Kek Oreo Kukus Mudah Sedap Guna 2 Bahan Viral. Siap sudah kek oreo viral yang moist, lembut dan gebu. Cara buat kek oreo simple sangat dan yang paling penting bahan untuk membuat kek oreo hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Saya selitkan sekali resepi kek oreo mudah :


Kek Oreo Kukus
Kek Oreo Viral


Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral Lembut Gebu

Bahan untuk resepi kek oreo viral :
  1. Dua paket biskut oreo
  2. 100 ml air susu kotak dutchlady

Cara Buat Kek Oreo Kukus

Cara Buat Kek Oreo Mudah :

  1. Patah-patahkan biskut oreo dan masukkan dalam mesin blender
  2. Masukkan air susu dutchlady ( nak guna air susu perisa coklat pun boleh )
  3. Blend sampai sebati.

Step akhir, gris acuan guna minyak. Tuang adunan ke dalam acuan tersebut dan kukus pakai api kecil selama lebih kurang dua puluh lima minit. Siap. Cara buat kek oreo simple je kan, selamat mencuba semua. Salam.