Resepi Cucur Bom Manis Sukatan Cawan Mudah Sedap. Musim hujan kerap betul perut berbunyi kan. Tak kira masa dan tanpa apa apa tetiba jer dia berbunyi. Maka terhasillah cucur bom manis yang lembut dan gebu serta viral baru baru ini di laman sosial. Ada juga segelintir yang panggil kuih bom manis kan. Anak anak paling suka cekodok bom manis sebab rasa dia yang lemak manis gitu. Kalau makan, tak sedar habis dua pinggan. Resepi cucur bom manis mudah je, ada saya selitkan resepi cucur bom manis simple dekat bawah ya :

Resepi Cucur Bom Manis Sukatan Cawan
Cucur Bom Manis Sukatan Cawan


Resepi Cucur Bom Manis Mudah Sedap Lembut Gebu

Bahan untuk cucur bom manis viral :

  1. Satu sudu teh yis
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Satu sudu besar gula
  4. Tiga sudu besar susu pekat manis
  5. Garam sikit
  6. Air secukupnya ( air biasa je ye ) :

Cara Buat Cucur Bom Manis

Cara membuat cucur bom manis :

  1. Masukkan semua bahan
  2. Bancuh dengan air.
  3. Gaul sampai sebati
  4. Adunan jangan pekat dan cair sangat
  5. Perap dalam satu hingga satu setengah jam.

Step akhir, panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas dan goreng sampai masak. Toskan dan siap untuk dijamu. Cara buat cekodok viral mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Kuih Bom Pisang Rangup Simple Sukatan Cawan