Cara Racun Bena Putih Pada Pokok Guna Tembakau. Sebelum ini saya sudah kongsikan cara untuk menghapuskan bena putih pada pokok menggunakan sabun pencuci pinggan. Kali ini saya ingin kongsikan satu lagi kaedah hapuskan bena putih pada pokok menggunakan tembakau.  Cara cegah bena guna tembakau ini saya dapat dari seorang kawan yang dia sendiri praktik untuk tanaman terung di kebun miliknya.

Bena Putih Pada Pokok
Racun Bena Putih


Cara Hapuskan Bena Putih Pada Pokok Yang Berkesan

Cara Racun Bena Putih Dalam Tanah :

  1. Bahagi tembakau kepada dua bahagian
  2. Ambil satu bahagian dan rendamkan dalam 1.5 liter air selama setengah jam
  3. Tapis dan masukkan ke dalam botol penyembur

Step akhir, sembur pada pokok atau tanah yang terkena penyakit bena putih. Semoga perkongsian mengenai cara menghilangkan bena pada pokok diatas dapat memberi sedikit manfaat. Selamat mencuba.