Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Pandan Mudah Simple Paling Sedap. Sarapan pagi tadi kami satu keluarga makan kuih muih tradisional orang kita iaitu kuih seri muka pandan yang mudah dan sedap. Saya paling suka kuih seri muka sebab rasanya yang lembut dan lemak lemak manis gitu. Cara buat kuih seri muka simple je. Kepada yang nak cuba buat sendiri, resepi kuih seri muka sedap ada saya catatkan dekat bawah. Semoga bermanfaat.

Kuih Seri Muka Resepi
Kuih Seri Muka Sukatan Cawan


Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Ringkas Senang Chef Hotel

Bahan untuk resepi kuih seri muka mudah :

Resepi Kuih Seri Muka Pandan
Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan
Resepi Kuih Serimuka Pandan
Resepi Kuih Serimuka Sukatan Cawan


BAHAN A : LAPISAN BAWAH

  1. Satu setengah cawan pulut ( rendam semalaman )
  2. Satu cawan santan pekat
  3. Setengah cawan air
  4. Secubit garam

Cara Buat Kuih Seri Muka Sukatan Cawan

  • Panaskan pengukus.
  • Masak semua bahan di atas guna api perlahan dan jangan hingga pecah minyak. Cukup sekadar air santan kering sedikit paras pulut.
  • Masukkan pulut dan kukus selama dua puluh minit hingga dua puluh lima minit ( sampai kembang )
  • Alas loyang pakai plastik dan masukkan pulut. Padat kan sepadat padat nya.

Cara Membuat Kuih Seri Muka Sukatan Cawan
Cara Buat Kuih Seri Muka Sukatan Cawan



BAHAN B : LAPISAN ATAS

  1. Satu cawan santan pekat
  2. Setengah cawan air (blender bersama  lima helai daun pandan.Tapis dan ambil pati air pandan sahaja)
  3. Setengah cawan gula pasir
  4. Secubit garam
  5. Setengah cawan tepung gandum
  6. Dua biji telur
  7. Setengah penutup pewarna hijau
Resepi Kuih Seri Muka Step By Step
Cara Membuat Kuih Seri Muka Step By Step



Cara Membuat Kuih Seri Muka

Cara buat kuih seri muka guna sukatan cawan :

  • Blender semua bahan diatas. Masak guna api sederhana hingga naik wap. (Sentiasa kacau ).
  • Tuang atas pulut yang telah kita padatkan sebentar tadi.

Step akhir, kuih seri muka kukus selama setengah jam.Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain ya. Dah siap, biarkan seketika untuk sejuk sebelum potong. Cara nak buat kuih seri muka mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Kuih Talam Gula Merah Sukatan Cawan