Resepi Kari Kepala Ikan Merah Sedap Mudah Simple. Encik suami bawa balik kepala ikan merah, katanya kawan sekerja kasi. Kita memang yang dah suka tanpa buang masa terus bersilat dekat dapur untuk buat kari kepala ikan mamak style yang mudah dan sedap. Kari kepala ikan resepi  sedap dan simple ada saya selitkan dekat bawah ya :

Kari Kepala Ikan Merah Resepi
Kari Kepala Ikan Merah Resepi



Resepi Kari Kepala Ikan Merah Mamak Haji Sedap

Bahan untuk resepi kari kepala ikan merah simple :


  1. Kepala ikan. ( kukus sampai masak atau isi tidak hancur )
  2. Lima tangkai cili kering ( blend )
  3. Rempah kari ( bancuh dengan air )
  4. Air Asam Jawa
  5. Santan
  6. Garam
  7. Gula
  8. Bendi
  9. Batang daun bawang


Bahan tumis :

  1. Satu sudu besar halba *
  2. Bawang besar ( mayang ) *
  3. Tiga ulas bawang putih ( mayang ) *
  4. Lima ulas bawang kecil merah ( mayang ) *
  5. Daun kari *


Cara Masak Kari Kepala Ikan Mamak

Cara masak kari kepala ikan merah :


  1. Tumis bahan yang bertanda * guna api perlahan sampai layu.
  2. Masukan lima tangkai cili kering yang telah siap kita blend tadi.
  3. Biarkan sampai pecah minyak.
  4. Dah pecah minyak, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air
  5. Bila kering masukan air asam jawa.
  6. Masukan santan dan tambah sedikit air kalau nampak pekat.
  7. Bila kuah kari kepala ikan merah dah mengelegak masukan garam, gula, bendi serta batang daun bawang. 


Step akhir, tuangkan atas ikan yang telah kita kukus tadi. Siap untuk dihidangkan. Cara nak buat kari kepala ikan mudah je kan, selamat mencuba semua.